24 March 2013

Miss V

Assalamualaikum

Miss V.  Diantara bahagian terpenting kaum wanita.  Nak kena jaga Miss V dengan teliti. Tak kisahla berabis duit semata-mata nak beli barang penjagaan tuk Miss V ni. But still, ramai yang tak kisah pasal hal ini. Aku tak sure if dorg tu sengaja tak mahu amik tahu sebab malas nak kusutkan kepala atau ada yang tahu tapi tak amik kisah. erk ok ke Miss V dorg tu?

Tuk entry ni, aku nak cite pasal cecair Miss V dan cara nak jaga-nya.

Cairan Miss V

Biasanya cairan yang keluar dari Miss V taklah merbahaya. Akan tetapi, terdapat cairan tertentu yang menunjukkan adanya jangkitan. Ini perlu dititikberatkan oleh semua kaum wanita. Bagi kaum ibu pula, sila-sila lah terangkan pada anak perempuan anda yang baru akil baligh tu tentang perkara ini. Ada sesetengah remaja tidak mengambil kisah ataupun langsung tidak mengetahui akan hal ini. (ala, kat sekolah bukan ada belajar hal cam gini.. Hehehe). So, ibu-ibu mainkan peranan la yer.. ;)

Ada tiga jenis warna yang dikenalpasti berkemungkinan boleh menimbulkan jangkitan pada Miss V kita :

1) Warna Kuning seakan-akan warna keju.

~ Jika korg check seluar dalam dan ternampak cairan tu warna kuning mcm warna keju tu, kemudian terasa gatal gatal atau pedih plak pada bahagian Miss V, hah! korg mungkin terkena Infeksi Kulat. eeii, seyes geli wey. aku dah terbayang mcm mcm da ni. Infeksi Kulat boleh menyebabkan Miss V korg tu menjadi kering, kusam dan berkuping. kalo dah kena, jangan korg g garu garu. tak pasal pasal Miss V korg luka sana sini. dah tak cantik nt hihihi. So, dgn kadar kepantasan yg mendadak, korg gi belila ubat krim anti kulat kat mana mana farmasi yerr.  jgn malas la wey. Tapi, kalau perkara ini berterusan walaupun after guna ubat anti kulat tu, better korg cepat cepatla jumpa doktor. Dan semestinya doktor perempuan tau. (Malu la kalau jumpa doktor lelaki. hahahaha) 

2) Warna Putih keruh atau cair.

~ Biasanya warna cairan normal yang keluar dari Miss V kita, seperti warna air dan jernih dan tidak berbau.. Akan tetapi, jika warna cairan berwarna putih keruh atau cair dan berbau hamis, ia berkemungkinan Infeksi Bakteria.. Biasanya kesan daripada infeksi bakteria ini menyebabkan Miss V anda berasa tidak selesa dan gatal-gatal.. Kalau perkara ini terjadi, better pegi buat pemeriksaan doktor.. Nanti doktor bagi ubat yang bersesuaian untuk atasi masalah cairan Miss V kamu.. Biasanya doktor akan bagi ubat 'local' dan antibiotik jer..

3) Warna Kuning Kehijauan

~ Hah, ini takkan berlaku pada anak-anak dara.. Hehehe.. Sebab ia adalah disebabkan daripada hubungan seks.. Jika korang berasa pedih dan gatal-gatal, ia berkemungkinan 'Trichomaniasis'.. Biasanya ia berlaku disebabkan terjadinya hubungan seks yang tidak bersih.. Kalau perkara ini terjadi, cepat-cepat buat pemeriksaan doktor.. Jangan biarkan ja.. Sebab, lama kelamaan, korang akan mengalami berasa pedih untuk mengeluarkan air kencing..  So, make sure hubungan seks korang tu sentiasa bersih.. (t korang search google je yer, i tak tau bab-bab seks bersih or tak bersih.. Hahaha).. Kalau tak, ia akan mengundang jangkitan ini.. ;)


Penjagaan Miss V

Jangan ambil remeh tentang penjagaan Miss V nie.. Miss V sama seperti bahagian tubuh badan korang yang lain akan tetapi ia memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan teliti.. Biasanya, remaja kurang mengambil berat akan penjagaan Miss V ini.. Bila dah teruk, baru sibuk nak jaga.. (hmmm, macam i dulu la.. sebab dah pernah kena.. hukhuk..).. Apa-apa pun, Mencegah lebih baik dari mengubat.. :) So, please.. Care about your Miss V.. Its for your own health.. *twink twink

1) Seluar dalam 

~ Korang kena make sure seluar dalam korang tu sentiasa dalam keadaan kering.. Pastikan korang kerap kali tukar seluar dalam.. (tu pun lau korang tidak menggunakan panty liners).. Akan tetapi, ia bergantung pada aktiviti harian korang gak.. Jika korang ni suka buat aktiviti-aktiviti yang memerlukan korang sentiasa bergerak dan agresif, maka korang perlulah tukar seluar dalam korang lebih kerap dari kebiasaan.. 
~ Dalam hal pemilihan seluar dalam, sebaiknya korang pilih seluar dalam yang tidak terlalu ketat.. Ada dua type  saiz seluar dalam ni iaitu yang free saiz dan yang bersaiz.. Sapa yang rasa ok dan selesa pakai yang free saiz, ok la.. Make sure Miss V korang tu still leh bernafas.. Lau terasa ketat, better belilah yang bersaiz k.. Takyah la kedekut sangat.. Biarlah berhabis duit untuk Miss V, ia untuk kebaikan korang juga.. Pastikan fabrik yang dipilih tu jenis yang boleh menyerap tau.. Ia bagi mengelakkan Miss V korang lemas.. Hehehe.. 
~ Lagi satu, jangan pakai seluar dalam yang masih basah or lembap k.. *twink twink ;)

2) Panty Liners

~ Ada wanita yang menggunakan panty liners ini tiap-tiap hari, dan ada juga yang guna bila perlu jer.. I pla jenis yang guna panty liners tiap-tiap hari.. Hahaha.. Nasib abah i tak bankrup belikan i panty liners.. (i takde duit nak beli, sebab i belum develop duit sendiri.. Bergantung duit pada parents.. Hahaha).. Sebab bila i tak pakai, i ase tak selesa.. Nak tukar seluar dalam kerap kali, tu remeh r.. Alamat t, banyaklah seluar dalam i bergantung kat ampaian.. Malu ler... Hahaha.. I prefer gna panty liners sebab boleh tukar-tukar dan still menggunakan seluar dalam yang sama.. Lagipun, banyak je promosi panty liners ni.. Beli je trus yang 100 keping tu.. Hah, baru puas hati.. 
~ Bagi pengguna panty liners, diingatkan jangan selalu bertukar-tukar jenis atau jenama panty liners korang.. Setiap panty liners adalah berbeza-beza.. Ada panty liners jenis perfumed, biasa, ada ubat dan macam-macam.. So, make sure korang pilih panty liners yang bersesuaian dengan keadaan miss V gak.. Jika korang seorang yang aktif, better guna yang jenis super menyerap.. Lau tidak aktif, korang boleh guna panty liners yang biasa.. Sebelum beli, baca betol-betol kelebihan panty liners tersebut k.. ;)
~ Oh, jangan lupa tau, sentiasa tukar panty liners anda sekerap yang mungkin k.. ;)

3) Air Mineral

~ Yang ini jarang kaum wanita buat.. Air mineral ini sebenarnya membantu miss V sentiasa kekal segar walaupun dalam perjalanan jauh.. So, pastikan korang sentiasa bawa air mineral tak kira mana jua korang tuju.. Bukan untuk diminum la dear, tapi untuk membasuh miss V.. Hahaha.. Tapi lau korang dah haus sangat, minum je la.. Hahaha.. ;p

P/s : Jangan ambil remeh berkenaan Miss V.. Kebanyakan penyakit wanita bermula dari kecuaian penjagaan Miss V.. ;)